This entry is authentically inspired from Liyana’s older post from her blog..to blog with your mother tongue.

Semalam ialah di mana keputusan pilihanraya umum yang di adakan di umumkan melalui kaca televisyen. Kami, dengan bersemangatnya menunggu di depan tv untuk mengetahui keputusan yang amatlah di tunggu-tunggu. Saya, seperti biasa tidaklah menjangkakan akan berlakunya satu kejutan seperti yang berlaku di mana pihak pembangkang telah berjaya menguasai 5 negeri selain mengukuhkan cengkaman mereka di Kelantan. Negeri2 itu ialah Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Pada mulanya saya menjangkakan bahawa pilihan raya kali ini, BN akan seperti biasa berjaya membentuk parlimen tetapi tidak seperti pada pilihan raya sebelumnya di mana mereka menang mudah tetapi mereka sebaliknya mengalami kekalahan teruk. Ini adalah satu ‘panggilan bangun tidur'(literally translated from wake-up call) kepada semua terutamanya pihak kerajaan supaya tidak mengambil mudah akan kuasa yang berada di tangan rakyat. Pada pendapat saya, BN pada pilihan raya kali ini tidak bersemangat dalam usaha untuk mengekalkan pengaruh mereka berbanding pihak pembangkang yg lantang berkempen dengan propaganda dan manifesto mereka. Dan saya juga dengan tegasnya percaya bahawa manifesto BN pada kali ini sangatlah tidak bersesuaian. Melihat pada usaha pihak pembangkang yg dgn bersungguh2 mahu membangkang, saya rasa usaha titik peluh mereka berhasil dan mereka patut mendapat keputusan ini. Tapi saya amatlah tidak bersetuju dengan sesiapa yg menyalahkan pihak pembangkang atas kejayaan mereka dan mengutuk mereka seadanya kerana pilhan raya ini adalah berpaksikan kuasa rakyat.(walaupun saya amatlah tidak bersetuju dgn DAP merampas Perak).Mereka tidak boleh dgn sewenangnya mangatakan bahawa jika pembangkang memerintah, semua panggung dan tempat hiburan akan di tutup kerana jika ini berlaku, ia akan mencetuskan perbalahan antara rakyat.Lagipun, mereka tidsk boleh dengan senangnya menutup semua ini kerana ini adalah antara aset negara. Saya juga tidak berapa suka dengan sestengah pihak yg mengatakan negeri2 di bawah naungan pembangkang akan menjadi seperti Kelantan( dari segi apakah yg anda ingin katakan).Berbanding pembangunan Kelantan, Kelantan is wayy much more advance than some other countries such as Kedah, Terengganu and etc. Saya ingin mengajak mereka yg mengatakan Kelantan tidak membangun supaya menjejakkan kaki ke Kelantan dulu dan tengok keadaannya. Oleh itu, kita tengok dalam masa 5 tahun ini, mandat yg di beri oleh rakyat kepada pihak pembangkang haruslah di gunakan sebaik-baiknya umtuk membuktikan bahawa mereka layak mendapat kepercayaan ini. Kepada Pak Lah dan pemimpin BN lain, bangunlah, dan jangan sesekali mengambil mudah perkara ini(take it for granted).

-Bersama menuju Malaysia gemilang!-

Advertisements