Aku mahu jadi Hitam. Hitam yang misteri.Semisteri lubang hitam.Kegelapan memakanku.

Aku mahu jadi Putih.Suci dan bersih. Serta gebu.Naif juga.Segala warna bisa mengotorinya.

Aku mahu jadi Merah.Semerah darah. Simbol kekuatan.Semua bisa ku musnahkan.

Aku mahu jadi Kuning.Sekuning langsat.Bergembira bertenaga dan bijak serta manis juga.

Aku mahu jadi Hijau.Sehijau flora dan fauna.Kedamaian serta ketumbuhan yang harmonis. Bersatu denganku.

Aku mahu jadi Biru.Setenang lautan dan juga langit.Percaya kepadaku yang biru.

Aku mahu jadi ungu.Seunik warnanya serta namanya.

Aku mahu jadi pelangi..aku mahu jadi semuanya.Biru,Hitam,Putih,Hijau,semuanya!