Aku adalah aku.

Sepertimana dulu.
Sebagaimana sekarang.
Seperti selalu.

Tiada yang berubah.
Tiada yang hilang.

Kalaupun aku berubah,
Ianya untuk kebaikan.

Jangan cepat menuding jari,
Jangan cepat menulis kesimpulan,

Jika kamu tidak tahu,
Apa yang ada di hatiku,
Di benakku,
Di dadaku.

Aku perlukan kekuatan,
Bukan tohmahan,

Aku perlukan nasihat,
Bukan sindiran,

Aku adalah aku,
Ini bukan khayalan,

Ini duniaku.

Advertisements