Jam 12.35 TENGAH MALAM.Aku bersama kawanku baru pulang dari sedikit revision Huayu di KFC bersama Wawan Laoshi(Thanks wawan!).Ku turn on laptop yang sentiasa berada di atas katil, roommate lagi seorang sedang berE-judi(main solitaire).Ku teliti blogku..ah ada comment baru, bisik hati kecil.Sedang aku browse thru the page, ku terjumpa dengan tidak sengaja blog roommate ku yang lain, tidak tahu pula dia mula mem-blog ini.Ku baca dan ku tersentap kerana ceritanya perihal kejadian paranormal yang berlaku di rumah ku ini.

Ya RUMAH ini, seksyen 16, tingkat 7, suria avenue apartment. Ku kaget (sikit2) dan dalam dilemma mahu mempercayai atau sebaliknya kejadian wanita yang datang ke bilik mereka. Ku copy link itu dan kukongsikan kepada roommate ku yang berada di luar.Di pendekkan cerita, dia dengan selamba dan mantapnya membuat statement untuk tidak mempercayai kejadian misteri tiu.

‘Alah, aku yang dari dulu tidur kt luar tak pernah pun terserempak..malam tu jek sekali tertengok’

Begini lah lebih kurang statementnya. Panik mengambil alih diriku.Ku tanya akan perihal paranormal versinya. Kejadian berlaku di dapur, katanya. Segala bulu menegak, ku perhatikan sekeliling. Dengan tidak semena-mena gambaran paranormal tersebut berlegar-legar di kepalaku. Rambut panjang, mungkin dan berbaju putih (typical Malay ghost) Mungkin ‘dia’ sedang duduk bertinggung sambil memakan sesuatu dengan lahapnya, mungkin juga ‘dia’ sedang berdiri kaku di tepi pintu toilet dan MUNGKIN juga ‘dia ‘ sedang bermain2 di jendela bilikku, itulah gambaran yang benakku gambarkan. Ku toleh ke belakang memandang jendela bilikku.Seram dan sejuk rasanya.Seperti sesuatu sedang memerhatikanku. Kaget lagi.Ku membuat keputusan untuk tidak bangun sahur pagi ini. Ku tanya lagi akan kejadian yang menimpa kawanku itu,

bagaimanakah rupanya?

Siapakah?

Pukul berapakah?

‘Aku cuak dowh time tu..berpeluh, aku tarik selimut laju2..aku malas jek nak bgtaw korang..cuak dowh’

Dia berkata.

Semakin sejuk kurasa. Mataku melilau memerhatikan bilik. Curiosity semakin menebal. Ku soal lagi kawanku dan masa itulah kurasakan maruahku di rentap-rentap.

‘Aku nampak LIPAS tu gerak dari dapur sampai sliding door dowh’

Kau memang palat kawan.

Hidup ini memang palat..tapi kau lagi palat,Moja!

Advertisements