Ke hadapan bintang jatuh,

Kau tinggi di langit,
Bersinar di malam gelap,
Ku rebah di bumi,
Tersungkur di palu angin,

Kita berdua berbeza,
Kita berdua sama,

Kau jauh di sana,
Bergembira,
Aku menanti di sini,
Tersenyum sendiri,

Aku pernah cuba untuk pergi,
Mengundur diri,
Tapi tidak sanggup diri ini,
Bersendiri lagi,
Biarkan aku bahagia,
Walaupun hanya sekadar mimpi,

Kita tak mungkin bersama,
Kita tak mungkin bersatu,
Tapi aku berpegang kepada satu,
Kemungkinan itu,
Akan ku tunggumu,

Kehadapan bintang jatuh,
Hanya satu pintaku,
Jatuhlah wahai bintang,
Jatuh ke ribaku,
Sinari malamku,

Realitikan mimpiku

*There’s the English version of this, will post it later whenever I feel to

Advertisements