Pertama sekali, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan.

Tiba-tiba saja hari ini teringat zaman sekolah rendah dahulu. Zaman naif dan ‘suci’. Sekolah Rendah Islam Sri Kiblah namanya. Sekolah swasta. Maknanya setiap bulan yuran harus di bayar. Sekolah saya jenis yang tidak tetap lokasinya. Hidup pelajar2 nya nomad. Dulu sekolah agama swasta susah hendak bertapak. Sekolah pula tidak besar, selalunya rumah2 sewa lah tapak lokasi sekolah kami. Saya masuk pada tahun 2/darjah 2. Sekolah pertama saya juga sekolah agama, ABIM namanya. Tetapi di sebabkan sekolah itu jauh, saya di pindahkan ke Sri Kiblah. Hampir dalam 4 kali juga sekolah kami berpindah.Hanya selepas saya memasuki darjah 5, kami mempunyai lokasi yang tetap, Telipot.

Seronok belajar di sekolah agama ini walaupun fasiliti2 tidak mencukupi. Kami tiada padang pada masa itu. Sekolah bermula pada pukul 8 pagi sampai ke petang, pukul 4. Tengahari adalah waktu rehat kedua, sebelum memasuki fasa mengaji Al-Qur’an iaitu dari pukul 2 sampai 4 petang. Di sekolah ini lah juga saya berjaya mengkhatam Al-Qur’an buat pertama kali, darjah 3. Saya khatam Qur’an sebanyak 3 kali. Darjah 3, di sekolah. Darjah 4 di kampung bersama ustazah lain dan darjah 5, khatam sendiri. Walaupun jadual agak padat dan Pengetua yang garang, saya seronok dan bersyukur Umi dan Ayah membuat keputusan menghantar saya ke sekolah ini.

Banyak saya belajar di sini. Dari menghafal Al-Qur’an-banyak surah yang pelu di hafal dahulu,lebih dari 10 surah yang sekarang ini berkarat di dalam minda-ke mata pelajaran Agama. Kami juga belajar Bahasa Arab sama seperti belajar English. Kalau English ada Grammar, Bahasa Arab ada Nahu. Tajwid juga di ajar, salah satu mata pelajaran kesukaan saya. Dulu, kawan2 akan datang kepada saya bertanyakan hal2 tajwid. Saya memang expert pasal tajwid. Sekarang sudah berkarat juga.

Mata pelajaran yang amat saya suka-selain English– ialah Sirah. Kami belajar sirah Rasulullah. Dari saat baginda lahir sampai baginda wafat. Setiap kali belajar ataupun apabila Ustaz bercerita perihal Rasulullah, kami semua akan kagum. Kami pernah mementaskan satu pantomim tentang sejarah Rasulullah, hasil dari idea bernas Teacher Hana Yap, seorang muallaf yang mengajar English. Pantomim itu dalam bahasa English, semestinya. Saya berlakon sebagai seorang yang di seksa bersama Bilal bin Rabah, semasa dia pertama kali memeluk Islam. Masih ingat lagi, dalam satu babak di mana Bilal mengazankan kalimah Allah buat pertama kali di atas Kaabah, kami semua menangis dan sebak kerana kemerduan suara kawan saya yang berlakon menjadi Bilal, namanya Salman.

Kalau hendak di ceritakan kisah2 zaman sekolah rendah ini, sampai ke pagi esok tidak akan habis.

Point saya hanya satu, di sekolah inilah saya mengenali Rasulullah. Saya di asuh dan di didik dengan ajaran yang betul. Di sekolah ini saya khatam Al-Qur’an, di sekolah ini saya belajar qiamullail, di sekolah ini saya belajar semuanya tentang agama suci Allah dan Nabi Junjungan. Malah di sekolah ini jugalah saya menerima parut rotan yang pertama di sebabkan tidak mengikut arahan. Ustaz2 dan ustazah2 di sekolah inilah yang menyemai benih cintakan Rasulullah di dalam diri ini. Di sekolah ini saya kenal siapa itu Muhammad Bin Abdullah, ibunya Aminah, Datuknya Abdul Mutalib, bapa saudaranya Abu Talib, isterinya Khadijah dan Aisyah, anak2 perempuannya Fatimah-nama ibu saya-, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah, cucunya Hasan dan Husin. Saya kenal panglima2 Allah, Hamzah Singa Allah, Khalid Al-Walid Pedang Allah, Umar Al-Khatab yang di geruni, Abu Bakar As-Sidiq, Syaidina Uthman bin Affan dan banyak lagi.

Saya bersyukur di lahirkan Islam, di beri kesempatan mengenali Rasulullah.

Rasulullah, cahaya yang menerangi di muka bumi ini.

Salam Maulidur Rasul~

Advertisements