Mata melihat,
Telinga mendengar,
Sambil
Mulut bercakap,

Bila mata mula melihat,
Semua benda di tangkap,
Yang sahih dan yang juga tidak,
Liar sungguh biji matanya,
Mencari dosa,

Bila telinga mula mendengar
Semua benda yang tersebar,
Dari kejauhan,
Telinganya melebar,
Tak sabar-sabar,
Mengalahkan orang-orang surat khabar,

Bila mulut mula bercakap,
Semua benda harus di lahap,
Lajunya kata-kata yang keluar,
Seperti tiada esok baginya,
Hari ini mesti di sampaikan juga,
Walaupun tiada yang mahu melayani kerenahnya,

Tapi ingat,
Mata bukan sekadar untuk melihat,
Telinga bukan untuk mendengar saja,
Dan,
Mulut bukan hanya untuk berkata-kata,

Ini sindiran untuk kamu,
tapi peringatan bagi saya,
Boleh juga peringatan bagi kamu,
dan sindiran untuk saya.

Advertisements