Entah kenapa tiba-tiba hati saya terasa sesuatu.
Saya tahu apa rasa itu.
Saya tak suka rasa itu.

Sedang jari-jemari ligat berdansa di atas keyboard,
cuba untuk meringankan beban kerja yang maha banyak,
Hati pula buat hal,
Seperti saya kata tadi,
Terasa sesuatu tidak enak,

Alasannya,
Saya terlihat betapa gembiranya Dia,
Terdetik hati ini di mana nilai saya selama ini pada Dia,
Bukan terasa cemburu atau apa,
cuma kadang-kadang tak boleh terima jawapan dari Dia,

Katanya situasi kita sangat kompleks,
Ironi yang di salahkan,
Tapi saya tahu,
Saya sedar diri,
Saya bukan taraf Dia,
Saya bukan taste Dia,
Saya cuba membawa diri,
dan masih cuba berjalan sendiri,

Hantar sms kepada si Dia yang satu lagi,
Terfikir akan Dia pula minda ini,
Saja mahu mengucapkan selamat malam,
Sekurangnya saya gembira Dia ada di sisi,
Walaupun Dia sibuk tapi tak pernah sekali,
Diri ini di lupai.

Saya biarkan Dia bersama kerjanya,
kerana saya juga akan berasmara bersama kerja,
Mungkin tidak tidur malam ini,
Bertemankan bulan dan bintang di sisi,

Message terakhirnya,
U! Kalau U bosan malam nanti text I oke,
Tengok perempuan ini,
Walaupun badannya kecil tapi besarnya hati,

Encik Arnab putih tidak pula online,
Email saya terima petang tadi dari Encik Arnab Putih,
Berjanji mahu ber ym.
Sudah lama saya tunggu tapi tiada pula,
Terlupa barangkali akan janji kami,

Jadi saya sendiri lagi,
Malam ini bertemankan A Fine Frenzy,
Alunan Almost lover mengusik jiwa sepi ini,
Duduk saya seorang di balkoni,

Teringat akan segala memori,
Rokok ligat di tangan kiri,
Lagi satu kekurangan diri yang pasti,
Hati rasa terusik tiap kali,
Rokok juga yang selalu saya cari,

Tapi walaupun saya sendiri,
Gembira rasanya hati ini,
Walaupun tak bersua muka sama Dia dan Dia,
Walaupun Encik Arnab Putih masih lagi tidak kelihatan di ym ini,
Yea saya gembira,

Kerana mungkin ada juga,
Jauh di sebelah sana dunia,
Seseorang yang sedang berkelakuan seperti saya,
Mungkin bukan seorang saja,
Mungkin ramai juga yang seadanya,

Jadi saya tahu saya tidak keseorangan,
saya ada mereka.
=)

p.s. Saya bukanlah puitis mahu penyair yang gah. Hanya insan kerdil mahu berkongi sisa-sisa malam bersama kamu.

Advertisements