Kadang kadang aku terfikir, setiap kali apabila otak ini teringatkan kau, hati aku terdetik.

Tidak tahu macam mana mahu aku gambarkan.
Tiba-tiba terasa berat.
Tiba-tiba hilang mood.

Aku pelik dan hairan.
Setahu aku, kau sudah aku lepaskan.
Sudah aku terima hakikat bahawa kita tak mungkin bersama.
Sudah aku terima takdir bahawa kau sayang dia lebih dari aku dan segala-segalanya.
Tapi setiap kali gambar kau muncul di benak fikiran ku, minda ku ligat memikirkan kau,
Hati tetap akan rasa sesuatu.

Aku gembira, melihat kamu bersama dia.
Yea aku gembira.
Aku sudah penat mengalirkan air mata.
Aku mahu juga rasa biasa biasa saja, seperti tiada apa yang berlaku.
Walaupun antara kita, ada sejarah yang terpaku di hati.

Tapi aku mahu kau tahu satu perkara,
Hati ini memang akan sentiasa bicara,
Walaupun mindaku berpura-pura
Menidakkan kewujudan perasan yang di pendam.

Bicara Hati.
Aku Mati.

p.s. Aku rindu kau dan masa dulu.

Advertisements